Wednesday, May 05, 2004
ALLAH TUHAN CINTA AGONGKU

                                              
                                               ::Cinta sejati hanya untuk
                                                   yang Kekal dan Abadi::

Posted at Wednesday, May 05, 2004 by Putera_Maroc
Make a comment

Bingkisan

LAMHATUN NAZHARIAH







orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati hidup-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddan al-Husaini

perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat,tetapi kalau banyak bercakap nescaya membunuh-Amru al-As

buku adalah teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika manghadapnya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari kesalahan. –Ahmad bin Ismail


Posted at Wednesday, May 05, 2004 by Putera_Maroc
Make a comment

Tuesday, May 04, 2004
Kisah Ayam

Di sebuah ladang ternakan ayam... kelihatan seekor ayam jantan yg tua
duduk termenung... .masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan
tuannya utk membeli ayam jantan yg masih muda... apa tidaknya ..di kawasan yg mempunyai 25 ekor ayam betina itu... hanya dirinya sja yg jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam betina yg lain mampu bertelur... sedangkan dirinya sudah semakin tua.... mana la larat kan...

Satu hari seekor ayam jantan yg muda mula berada disitu... pastinya
dibeli oleh tuannya... si ayam muda begitu angkuh membawa ayam2 betina di
hadapan si ayam tua... ayam tua hanya mampu menahan marah... tersenyum
sinis....

Dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yg pernah hadir
dikawasan itu... namun kerana kepintarannyalah dia berjaya mengusir semua
ayam2 jantan yg lain...Apa kata kalau kau beri aku 10 ekor ayam betina... kau ambillah lagi 15 ekor...kata ayam tua...Mana boleh... kau tu dah tua... bagila can kat aku yg muda ni...kata ayam muda dengan angkuh...

Lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan
pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yg ada... si ayam muda
bersetuju... pertandingan yg ditetapkan adalah lumba lari 400m... tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu kerana dirinya sudah tua... ayam muda bersetuju... ayam tua mula berlari... nun dihujung sana ayam muda mula mengejar... semakin hampir... .

dan tiba2... DUM...!!! tuannya menembak si ayam muda... dengan kesal
mulutnya membebel....AKU TAK TAU KENAPA SEMUA AYAM JANTAN MUDA YG AKU BELI NI GAY... TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... .DAH LA TU... NGAN AYAM TUA PUN DIA LAYAN JUGAK!!!

.. ayam tua tersenyum kemenangan.....

MORAL OF THE STORY - ORG YG MATANG MESTILAH PANJANG AKAL


Posted at Tuesday, May 04, 2004 by Putera_Maroc
Make a comment

Rahmat Allah

Firman Allah swt;

Mereka yang memikul singgahsana dan yang berada disekelilingnya mentasbihkan pujian Tuhan
mereka dan mereka beriman kepada-Nya dan meminta pengampunan dari-Nya untuk orang-orang
yang beriman: Ya Tuhan kami telah Engkau liputi segala sesuatu dengan rahmat dari
pengetahuan maka berilah pengampunan bagi mereka yang telah bertaubat dan telah menuruti
jalan-Mu dan cegahlah mereka dari azab neraka. Ya Tuhan kami masukkanlah mereka itu ke
dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan yang soleh di antara ayah-
ayah dan isteri-isteri mereka serta keturunan-keturunan mereka semua. ( Al-Mu'min: 7-8 )


Posted at Tuesday, May 04, 2004 by Putera_Maroc
Make a comment

Mawaddah Istimewa

I s t i m e w a

Bunga tulip itu melakar kekuningan
Di telapak lembayung tinggi si awanan
Lambang wakilan dirimu yang istimewa
Kasih yang terletak di antara dua bahumu

Alam biasa bercanggah meriah
Warni kehidupanku telah pun bercorak
Setelah kau datang setelah kau tiba
Riak wajahmu yang mengusik peribadi

Sangkaan biasa terhadap dirimu
Di awalan sejarah pertemuan
Boleh berganti secara tiba tiba
Ternyata begitu meleset pandangan
Dirimu pada ilhamku kau istimewa

Benar kasihmu tiada terbayar
Senyuman tulus biasan ketelusan sanubari
Dapatkah dicari yang sama dengan dirimu
Dalam satu juta kau hanya perdana

Ku tersedar ku selalu
Menghampakan harap yang kau bina
Maafkanlah dengan sebab itu
Kerna diriku tak sesempurna mana
Dengan kekurangan atau kelekaan
Namun ku akan terus mencuba
Sehingga apa yang diimpi menjadi yang nyata

Sekian kali Ku junjung kasih mu
Tanda penghargaan terhadap perhatianmu

Ku menangis di atas air matamu
Ku selami apa yang kau alami
Membina cita di atas segala citamu
Membaharui segala yang lama berlalu

Wahai Istimewa
Tabahkan Nafsi dan Nurani mu
Kisah yang lalu jadikan penguat
Ia hanya ujian mematangkan hidupmu
Tetap teguh sekali pun dua dan tiga bah melanda
Walau getir susah jangan putus asa
Kerana di sisi mu ada yang masih sayang...
Percaya dan terus yakini

Tabahkanlah hati jangan bersedih
Kau tidak keseorangan ya
Ada mereka yang menyayangi dirimu
Fikirkan yang terbaik begitu jua dengan sangkaan
Adakala kita tertewas jangan lupa bukan selalu

Tenangkan hatimu dengan mengingati tuhan
Dia bersamamu setiap ketika
Adulah segala perasaanmu kepada-Nya
Intuisi ku mengatakan kau
Sungguh istimewa

Khabarkanlah....
Bagaimana mesti aku
Mencari langkah yang paling terbaik
Apakah terbalas segala budi
Dengan kata kata
Dengan pena dan tulisan

Wartakan apa jua yang terbuku
Akan ku cuba sedaya usaha ku
Untuk membantu segala tentangmu
Kerana baktimu membuatku saksama

Panjatan doa dalam seharian hidupku
Agar tuhan kabulkan apa yang kau minta
Moga sejahtera dan sihat selama-lama
Dikurnia dengan kegembiraan dan redha-Nya


Kau istimewa
Segalanya bahagia
Bersama keluarga dikau berbahagia
Ku terus berharap dikau bahagia
Selamanya dikau dalam bahagia

Kau Nian ku
Menerangi apa yang mengaburi
Menuntun jalan yang terkehadapan
Tak usah usah undur ke belakang
Menjadi diriku lebih beerti

Pabila ku kenangkanmu
Senantiasa ku fikirkan
Di antara beribu inspirasi
Tak sia ku mengharapkanmu
Tenang jiwa tenteramnya fikiran
Bicara lisanmu jadi semarak kekuatan
Meninggalkan duka kesedihan terlara

Malam mengejar mimpi yang selerak
Siang pula usahakan impi yang kena dicari
Walau sesusah yang bakal ditempuh
Akan kugagah jua kerna cita
Aku ingin ikuti jejak langkah
Moga daku lebih berjaya
Mencipta nama di persada mayapada
Mengharumi segala kewangian impian

Sungguh kaulah pendorong nawaitu
Penguat semangat terus berjuang
Menuju ke arah medan dengan jaya
Mengikis kegentaran kepada
Keberanian dan kegagahan
Hanya Kerana Aku
Seorang satria di mata dunia
Membisikkan ku agar berani menghadapi
Segala semua ujian yang mencucuri

Saat demi Tika
Detik demi Masa
Waktu demi waktu
Hidup umpama putaran roda
Terkadang kita dibawah terkadang pula diatas
Semuanya perlu ditangani dengan iman dan taqwa
Jangan lupa ini agar kita terus berhati
Kerna kejayaan yang diraih miliki
Oleh mereka adalah hasil dari usaha yang gigih.

Entah apa yang dapat ku beri lagi
Selain hasil tulis ini yang tak seberapa
Namun mengambar betapa penting
Sebuah persaudaraan antara
hamba tuhan dalam kampung buana

Tanda terima kasih ku atas bicara budi
Ia dedikasi ikhlas ku pada mu
Kerana mengisi kekosongan suram
atas mintaku kerana ku yakini
segala yang berlaku adalah
Di atas atur takdir dari-Nya

Posted at Tuesday, May 04, 2004 by Putera_Maroc
Make a comment




   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




 


  • Salam Ukhuwwah buat sahabatku semua


  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    rss feed

    Blogdrive